ASAL USUL HAJAR ASWAD





Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. 


Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." 

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" 

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." 
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. 


Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam. 

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. 


Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."
Tag :

Sejarah Masjid Al-Amawi Damascuss





SEJARAH MASJID AL-AMAWI DAMASCUS..


Masjid Al-Amawi Damsyik terletak di dalam Old City Damascus disekitar Bab Al-Barid. Jalan terdekat menuju ke Masjid ini ialah melalui Bab Faradis. Kebiasaanya Laluan Bab Al-Faraj dan Bab An-Nasar yang melalui Souq Hammidiyah menjadi sesak untuk mereka yang ingin ke masjid tersebut.

Masjid Amawi merupakan masjid terbesar tertua di dunia yang masih kekal baik. Ia menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawiah pada kurun ke-7 Hijrah. Masjid menjadi tempat beribadat kepada Allah, tempat pemimpin bertemu dengan rakyat, tempat pemimpin memberi ucapan dan maklumat kepada rakyat, tempat pengumpulan zakat dan sebagainya.


Institusi masjid ketika itu digunakan sebaiknya. Di dalam masjid Amawi di salah satu sudutnya terdapat Menara Khazanah yang berfungsi sebagai tempat menyimpan harta-harta Zakat yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Harta-harta zakat yang dikumpul oleh pemerintah disimpan dan diedarkan kepada asnaf yang betul yang memerlukan. 


Tempat menyimpan harta zakat tersebut adalah yang pertama di dunia di wujudkan. Konsepnya berjaya! Harta dikumpulkan dan diberikan kepada yang perlu. Bukan di ambil untuk modal membina bangunan atau membeli aset-aset kerajaan Umawiah pada ketika itu. Dan tidak dikumpul dengan tujuan untuk melihat ia dalam jumlah yang banyak kemudian dicanangkan bahawa harta zakat semakin banyak.

Masjid ini turut menempatkan beberapa Makam para nabi iaitu Nabi Yahya a.s yang dipercayai hanya kepalanya berada disitu. Terdapat pula 2 lokasi di dalam masjid yang menjadi tempat persinggahan Nabi Hud a.s dan Nabi Khidir a.s. Dibahagian luar berhampiran dataran lapang terdapat juga Bilik yang menempatkan Kepala Saidina Husin bin Ali (ianya diragui). Makam Panglima Islam yang terkenal Sallehudin Al-Ayubi pula ditempatkan bersebelahan masjid.



Menyingkap sejarah ringkas masjid ini, pada asalnya ia merupakan tapak kuil tuhan Semitik Hadad iaitu sekitar tahun 2000 sebelum masihi, kemudian ia menjadi kuil kepada bangsa Rum barat. Ketika Kristian mendominasi kawasan sekitarnya, sebuah gereja telah dibina di atas tapak masjid tersebut bersempena terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s) di kawasan tersebut. 


Selepas Islam menawan Syam pada tahun 636 Hijrah penganut Kristian dibenarkan untuk terus menggunakan gereja tersebut dan orang Islam pula menetap di kawasan berhampiran masjid ini. Lebih kurang 70 tahun gereja ini kekal sebagai tempat ibadat utama penganut Kristian. 


Kesan-kesan turut ditemui menunjukkan dalam tempoh 70 tahun kawasan tersebut dikongsi oleh orang Islam dan Kristian di mana orang Islam akan bersembahyang menuju ke dinding selatan yang menghala ke Kiblat di Mekah.

Masjid ini telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran. Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid sepertimana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.

Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Ia pernah diserang tentera Mongol, pernah berlaku gempa bumi dan juga kebakaran pada tahun 1893. Sehingga kini, ia masih kekal teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah dan bakal tertulis apa juga 'keputusan' sejarah.
Tag :

Doa Yang Tidak Diperkenankan

Doa Yang Tidak Diperkenankan

Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:


” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51)


 “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian 


Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim)

Huraian


1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.

2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.

3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)

4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:”Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegah
Tag :

4 Tanda Hidup Tak Berkat





4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga
Tag :

Surat Rasulullah Pengusir Jin





Surat Rasulullah Pengusir Jin


Seorang sahabat Nabi Salallahualaihi wassalam yang bernama Abu Dujanah Radiallahu anhu pernah mengadu kepada Nabi Muhammad tentang perkara aneh 
yang dialaminya ketika di tempat tidur.

Abu Dujanah telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.Ketika mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah.Beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri.Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya.

Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah ,baginda mengatakan itulah jin penunggu rumah.Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan ayat ayat di bawah(seperti dalam gambar) yang bermaksud:

“Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin,penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik.Adapun selepas itu ..Sesunmgguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan,sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah,maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar(Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan)(Dan utusan utusan Kami(para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan …

Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di bawah kepalanya ketika tidur.Tiba tiba dia terkejut daripada tidur apabila terdengar jeritan suara:

“Wahai abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini.Demi kebenaran sahabat mu(Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami.Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya.Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu,jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”.

Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah.Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh.Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah.

Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah,baginda lalu bersabda:

“Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi,sesungguhnya mereka itu(jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.

Kisah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:

At Tazkirah:Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah:Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani
Tag :

Sponser

 
© Sumber Maklumat Dan Informasi Terkini | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO